Selasa, 28 Mei 2019

RESEPI : SUP MASAM THAI

Views

Sup Masam Thai

Bahan2

  • Air (sebanyak yang mahu)
  • Isi ayam/daging (slice nipis)
  • Minyak - sikit utk menumis
  • Akar daun ketumbar - 2btg
  • Serai - 1btg (dititik)
  • Bawang Holland - 1/2 biji (dihirid nipis2)
  • Halia - 1inci (ketuk)
  • Daun Limau - 2helai (dicarik2)
  • Cili Padi - (ikut rasa kepedesan masing2 ketuk dulu baru umph)
  • Saderi - 1btg (hiris nipis)
  • Tomato - 1biji (potong ikut suka hati)
  • Air Limau Nipis - (letak ikut suka ye)
  • Garam Gula - ikut sedap tekak ye
  • Ajinamoto - (letak sikit dah lah, jgn bnyk2 kang botak kepala gugur rambut.hihi)
  • Daun Ketumbar - dihiris (letak last sekali bila ayam dah masak)

Cara-Cara

1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak. Bila dah garing or masak sehingga naik bau. Masukkan air tadi.

2. Selepas ittew, masukkan daun ketumbar, cili padi, serai, daun limau, halia, saderi(aku letak awal2 nak kasi lembut), isi ayam / daging. Biarkan selama 5 minit.

3. Bila dah nampak isi  ayam/ daging dah masak. Masukkan garam gula, ajinamoto, air limau nipis. Perasakan dulu. Elok dah kena dengan tekak masukkan tomato dan hirisan daun ketumbar. Didihkan sekejap.

Taraaa Ssssiaapp.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Isnin, 28 April 2014

GULAI KAWOH

Views
ASSALAMUALAIKUM,

Ececece , haaaa. Apo kabar belako ? Beraso malam nie nak uat entry guna loghat ambo lah. Haaa , mudah nk gambar perasaan kalu guno loghat sedri.

Nok crito lah sikit , selamo sayo duk belajar di Kualo Lumpor jarang benar bulih makan gulai kawoh , maklumlah sano kalu bekwoh pown demo pakai katering ( padahl awop dio pown gulai dale kawoh jugop, hehe) , demo tak pakai 'jong kako' . Pah sayo pulop jenis makan milih (tak dop milih belah mano ea, kalu lauk keno ngan selero) . Hooo payah kak loh nak ngejo perkataan pakai loghat sendiri nie. Nak oyak crito nyo sini , sayo pown kelik lah kapung , dah bunyi kato sain sayo uat balik kak ipar mean (uat nyambut nantu - menantu) . Sayo kelik lah Besut . Pah esokke( keesokkan hari nya) sayo gi lah makan gulai umah sain sayo tu. Sebuah keto Serena tu ada sayo n sain sayo Yat , Ana , n Ain . Pah sayo jung drebar nyah (tak dop keno mengeno pown , sajo nk try tekan lift naik sendri) . Mulo2 g ambik gu sayo pah g beli hadioh , beli pulop baju baby . Sayo konfius jugak ah , ore baru uat kelik nantu , kito pkai v hadioh baju baby dah , yakkk tok ko suspen bunyi tuh, ruponya kawe tu nikah lamo doh cumo nie baru kesempatan nk uat majlis. 


Tu kelih muko kenyang lepah pekena gulai kawoh , ouh sedap boh , Ingat nk namboh duo tigo pinggan tapi sebb rumah ore, tak jadi nak namboh. hahaha. Nati uat bekwoh rumah sayo ah plop. Pakai sayo sore sudah ah so kawoh. HAHAHAHA. Yakk teruk perangai tu. hahaha.

Saje nak share , macam tak penting kan. hahahaha. Sajo nak suroh demo raso happy nya kito raso. Boiiiiii .


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 28 Mac 2014

Views
ASSALAMUALAIKUM...



Langit cerah,
Cerah terbentang,
Terbentang luas,
Luas pemandangan,
Pemandangan yang sukar,
Sukar untuk aku lepaskan, 
Lepaskan segala, 
Segala yang merenggut perasaan.

Perasaan,
Keliru tanpa arah tujuan,
Tujuan aku berdiri di sini,
Di sini aku cipta,
Cipta perkara yang aku impikan,
Impikan untuk cuba segalanya,

Segala rasa,
Rasa suka, riak, takbur, bongkak,
Ia nya hadir,
Hadir dalam satu jiwa,
Jiwa yang kosong tanpa agama,

Agama,
Agama yang aku pegang,
Pegang untuk kedamaian,
Kedamaian yang tak semua boleh kecap.
Kecapi kemanisan hidup beragama,
Beragama dan muslim,
Muslim itu aku,

Aku,
Kadang ternoda,
Dengan dosa,
Tiada yang tahu,
Antara aku dengan Dia,

Dia,
Punya segala,
Aku,
Tiada apa.

28.03.2014 | Jumaat



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Selasa, 7 Januari 2014

MOHON SESAAT LAGI

Views
Bismillahirrahmanirrahim.
Mohon sesaat lagi,
Untuk aku cari siapa yg mencipta aku.


Mohon sesaat lagi,
Untuk aku kenal siapa pencipta aku.


Mohon sesaat lagi,
Untuk aku tahu kenapa aku dibangkitkan.


Mohon sesaat lagi,
Untuk aku menadahkan tangan,
Meminta dan terus meminta.


Mohon sesaat lagi,
Untuk aku basahkan pipi ku dengan air mata penyesalan ku,
Dengan bertaubat pada pencipta aku.


Mohon sesaat lagi,
Untuk aku tebus segala malu aku kepadaMu,
Untuk aku tebus segala dosa aku kepadaMu.


Sebelum aku pergi menghadapMu.
Sungguh aku malu.
Berdosa.


:: Kita semua tak sempurna . masih lagi terumbang ambing . Hati cepat sgt goyah dan rapuh . " mohon Engkau kuatkan hati yg kecil ini."

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

PENAT

Views
ASSALAMUALAIKUM.


Aku tak larat nak berhujah panjang.
Aku mampu senyum untuk bagi jawapan.

Aku tak kuat nak bertikam lidah.
Aku mampu mengiyakan apa yg mereka bahaskan.

Aku tegur sebab aku tak suka.
Aku bersuara sebab aku tak boleh nak terima apa yang dikata.

Aku harap kau paham.
Apa yang aku rasa.

aku sebenarnya dah penat . :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial