Selamat pagi . .
Hai , nama ku Nadhirah , boleh panggil aku , ani !
Kampung Girl?? Apa tu ?? Hahahaha , ini cerita tentang aku , maybe korang pown ada cerita masing-masing kan , samalah macam aku.
* * *
Aku seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar . Kali pertama jejakkan kaki dinegeri orang , terasa diri ini seperti pendatang asing . Iye lah , nak mengenali bandar bukan senang . Aku seorang siswi di Institut Profesional Baitulmal . Alhamdulillah , kali pertama masuk ke sini , aku perlahan-lahan sesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di sini .
Pelajar di sini kebanyakannya dari Kelantan , yang lain dari Selangor , Pahang ,Perak , Sabah pown ada , dan tak lupa jugak negeri yang aku sayangi , iaitu Negeri Terengganu . Bila aku keluar dari kelompok aku , dan bergaul dengan budak bandar , rasa lain sangat . Iye lah , selalunya bergaul dengan budak yang sama level dengan aku , rasa biasa je . Tapi bila dengan mereka semua , aku rasa lain sangat .
Maklumlah , budak bandar semua teror . Aku pown tumpang teror diorang . Hahaha . Diorang memang baik , aku suka lepak dan study sama-sama ngan diorang semua . Diorang tak lah kedekut sangat dalam perkongsian ilmu nie . So aku boleh ngam lah ngan diorang .
Tapi bila melihat cara mereka berpakaian , aku rasa 'pity' plak bila tengok cara mereka . Ada yang menutup aurat dengan sempurna tu Alhamdulillah , tapi susah sangat nak lemparkan senyuman tu . Hahaha . Lain orang lain ragamnya . Aku pown sama macam diorang , dalam menutup aurat tu , Alhamdulillah masih lagi bertudung labuh dan tidak lupa akan 'hand sock n sock' , InsyaAllah berterusan .
Kalau dilihat melalui cara pergaulan antara lelaki dan perempuan di sana . Mereka bebas bersentuh-sentuhan bagi mereka yang biasa dengan lelaki . Tapi aku , malu lah , nak bercakap dengan lelaki kelas aku pown , aku perlu berfikir banyak kali . Kalau dengan akhi Pedas tu lain lah , sebab aku tak pernah jumpa in person dengan dia. Aku dari sekolah agama , jadi bila bergaul dengan budak sekolah harian nie , rasa lain sangat .
Jiwa kita tak sama , ada yang suka lepak dengan lelaki , ada yang kawannya semua lelaki . Bagi aku , nak berkawan dengan lelaki tak de masalah , tapi kena jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan . Tapi mereka biasa ja . . Alamak , aku tak boleh lah macam tu . Nauzubillah . .
Jadi dalam pergaulan aku antara lelaki dan perempuan , aku sering menasihati diri agar tidak lebih dalam bergaul dengan lelaki . Biasa lah setiap manusia Allah anugerah kan perasaan , jadi kita sebagai pemegang amanah nie , perlu menjaga hati dengan baik agar tidak tercemar dengan noda dunia . Syaitan sentiasa mengacau anak Adam , jadi berhati-hati lah ketika berhubung dengan lelaki.
Itu saja lah...
Sekian Terima Kasih
"Ani Nadhirah"






