Selasa, 7 Januari 2014

PENAT

Views
ASSALAMUALAIKUM.


Aku tak larat nak berhujah panjang.
Aku mampu senyum untuk bagi jawapan.

Aku tak kuat nak bertikam lidah.
Aku mampu mengiyakan apa yg mereka bahaskan.

Aku tegur sebab aku tak suka.
Aku bersuara sebab aku tak boleh nak terima apa yang dikata.

Aku harap kau paham.
Apa yang aku rasa.

aku sebenarnya dah penat . :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Selasa, 19 November 2013

PUDING ROTI ! !

Views
ASSALAMUALAIKUM . . .

Rasa senang hati bila cuba buat benda baru , ye lah kan selalunya ani sibukkan dengan masak lauk pauk je . Entah kenapa lah beberapa hari nie , terasa nak makan pemanis mulut plak . Biasa lah teknik try and error memang penting lah dlm masakan , kalau tak try buat bila nak merasa air tangan sendiri kan.

Hahahahahahahaha.

oooppppsss . . terlebih bahagia lah nie cite dye , okey baiklah , ani nak kongsi lah sikit resepi yang ani try nie , sangat simple , dan hasil nya sangat lah sedap , alahai rugi lah kalau tak rasa,huhuhu.



Bahan2

  1. Gula  4 sudu.
  2. Telur 1biji.
  3. Esen vanilla satu sudu kecil.
  4. Susu cair 1tin. 
  5. Kismis sebagai hiasan.
  6. Roti.
Cara2
 
  1. Masukkan gula, telur, esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  2.  Masukkan susu cair tadi dan kacau lagi hingga sebati .Dan ketepikan susu cair yg tadi .
  3. Potong roti kecik2 ikut suka hati. letak kismis tadi . .Lepas tu tuang kn susu cair yg dikacau tadi ok. 
  4. Lepas tu kukus selama setengah jam.
Siap lah. .puding roti tadi. .  Kismis tu letak lah kalau nk letak. .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Rabu, 25 September 2013

SAYANG ABAH !

Views
ASSALAMUALAIKUM ! !

05|SEPTEMBER|2013
(RABU)

------>   Hey jurnol !!
Bismillah . . selamat pagi , this is my abah,sayang abah sangat. Warkah buat mu Abah.



Assalamualaikum abah, kehadapan abah yang Ayong sayangi , Abah apa khabar ? ehehe , Abah tau , ayong tak kuat duk sini Ayong takut Ayong terjerumus skali ngn budaya sini , abah tau , duk sini tak sama ngn duk di besut dekat dengan ummi dan abah. Abah tau, mula2 abah antar ayong sini, ayong rasa happy sangat, sebab jauh daripada ummi ngn abah, Ayong tau nanti ayong mesti berdikari sendiri , bila jauh dripada ummi ngn abah. Tapikan abah, first ayong buat benda yang ayong tak pernah buat sendiri, ayong rasa macam susah sangat, tapi Alhamdulillah, lama2 benda tu dah biasa dengan ayong. Abah ngan Ummi nak tau , first belajar dengan subject baru, ayong rasa susah sangat , tapi memandangkan susah tu daripada Allah , maka ayong mohon pada Dia dipermudahkan segala urusan ayong , Alhamdulillah, ayong da boleyh ikot subject yang ayong belajar . Tapi bila subject akaun ayong rasa macam payah sangat2. Ayong tak tau kenapa, mungkin ayong kena bagi tumpuan lebih untuk subjek akaun kot, InsyaAllah, ummi ngn abah doakan ayong ya , agar berjaya dan dikuatkan iman.

 Abah, bila lama2 ayong jauh ngan abah, rindu ayong kuat sangat ingt kat abah, ayong tau selama nie , ayong banyak guriskan hati kecil abah, ayong mintak maaf abah, ayong tak mampu jadi anak  yang terbaik untuk abah, ayong tak mampu nk jadi macam adik2 yang lain. Abah, ayong tau abah sayangkan ayong tapi ayong  je tak perasan benda tu sebab abah ada mood tersendiri, ayong tak kisah, kekadang cara abah tegur dan bercakap ngan ayong pown ayong boleh mengalirkan air mata. Abah, ayong sayang abah, bila dengan keluarga ayong tak tau nk ucap sayang depan abah macam mana, sebab abah biasa je, abah tk zahirkan sangat sayang tu dekat anak2 abah, tapi ayong tau abah sangat menyanyangi ayong , ayong tau bila ayong sakit abah adalah orang pertama risaukan ayong, ayong tau bila ayong tak makan ubat , abah orang yang pertama akan suruh makan ubat. Ayong tau , ayong jarang sembang banyak2 ngan abah, sebab ayong takut nanti ayong salah cakap abah marah , then satu lagi bila ayong cerita apa2 kat abah masa abah ambik ayong dari kelas, abah merupakan pendengar yang setia , yang selalu dengar ayong bercakap sepanjang perjalanan balik kerumah. Abah bagi respond panjang bila perkara tu mencuit hati abah, abah akan erm je bila benda tu tak de motif yang nak disampaikan.

Abah , bila ayong jauh ngn abah ayong mula rasa semua nie, maafkan ayong abah. Abah, ayong tau doa kedua ibubapa tiada hijabnya. Abah , ayong mintak abah doakan ayong agar kental iman dan dipermudahkan segala urusan, dan jauh dari segala perbuatan maksiat dan perkara yang tidak diredhai Allah.. Abah, ayong pandai menangis je bila teringatkan abah, pengorbanan abah untuk ayong sangat besar, sampaikan ayong tak mampu balas apa2, ayong nk jadi anak solehah dunia  akhirat InsyaAllah  nak doakan untuk ummi wa abah. Abah, ayong malu nak tepon kat abah, ayong takot nanti ayong nangis, sebab ayong tak kuat tahan rindu nie..rasa nak pecah dada ingatkan abah,ayong nk balik abah. 

Abah,abah segalanya untuk ayong, tanpa abah di sisi, ayong rasa tak selamat , rasa takut bila bersendirian . Abah, tiada kata lain yang mampu ayong ungkap, selain ungkapan maaf. Abah redha dan restuilah ayong abah, mohon abah iringi ayong dengan doa .Senyuman dan gelak ketawa yang abah pamerkan sangat bermakna untuk ayong. . tiap kali abah merenung jauh,ayong turut merasa perkara yang sama, ayong tau abah banyak masalah. Abah tak pernah pamerkan semua tu , sebb abah tak mo anak2 abah risau. Sebab ayong tau abah kuat, abah ayong kuat . Abah tau saat ayong menulis warkah ini, deraian air mata laju membasahi pipi ..ayong rindu abah..dan ayong tujukan khas lagu buat abah . .lagu nie sangat bermakna untuk ayong. 

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu abah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KAWAN !

Views
ASSALAMUALAIKUM . .


GAMBAR HIASAN TERR..


Kawan kita kenal tanpa diduga. 
Menjadi sahabat tanpa dipinta.
Rapat tanpa disedari.

 Jauh bukan penghalang.
Tanpa bersua.
Doa selalu ku titipkan.
Tangisan selalu ku lagukan.
Saat hati dan perasaan ingatkan kamu.

Kawan.
Mungkin engkau tidak sedar.
Kerna kita banyak perbezaan.
Dalam gurauan aku mula mengenali mu.
Dalam diam hati ini berubah.
Tanpa sedar aku takut kehilangan kawan seperti kamu.

Aku tahu kita takkan selamanya rapat.
Kerna kita bakal menuju haluan sendiri.
Maafkan aku kerna banyak susah kan kamu.
Tapi engkau tidak pernah mengeluh dengan perangai ku.

Engkau melayan.
Engkau mendengar.
Engkau menasihat bila perlu.
Engkau menegur bila ada yang salah.
Terima kasih kawan.


Salam alaik.




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 2 Ogos 2013

KAMPUNG GIRL ! !

Views
ASSALAMUALAIKUM .


Selamat pagi . .

Hai , nama ku Nadhirah , boleh panggil aku , ani ! 
Kampung Girl?? Apa tu ?? Hahahaha , ini cerita tentang aku , maybe korang pown ada cerita masing-masing kan , samalah macam aku.

* * *
Aku seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar . Kali pertama jejakkan kaki dinegeri orang , terasa diri ini seperti pendatang asing . Iye lah , nak mengenali bandar bukan senang . Aku seorang siswi di Institut Profesional Baitulmal . Alhamdulillah , kali pertama masuk ke sini , aku perlahan-lahan sesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di sini .

Pelajar di sini kebanyakannya dari Kelantan , yang lain dari Selangor , Pahang ,Perak , Sabah pown ada , dan tak lupa jugak negeri yang aku sayangi , iaitu Negeri Terengganu . Bila aku keluar dari kelompok aku , dan bergaul dengan budak bandar , rasa lain sangat . Iye lah , selalunya bergaul dengan budak yang sama level dengan aku , rasa biasa je . Tapi bila dengan mereka semua , aku rasa lain sangat .

Maklumlah , budak bandar semua teror . Aku pown tumpang teror diorang . Hahaha . Diorang memang baik , aku suka lepak dan study sama-sama ngan diorang semua . Diorang tak lah kedekut sangat dalam perkongsian ilmu nie . So aku boleh ngam lah ngan diorang .

Tapi bila melihat cara mereka berpakaian , aku rasa 'pity' plak bila tengok cara mereka . Ada yang menutup aurat dengan sempurna tu Alhamdulillah , tapi susah sangat nak lemparkan senyuman tu . Hahaha . Lain orang lain ragamnya . Aku pown sama macam diorang , dalam menutup aurat tu , Alhamdulillah masih lagi bertudung labuh dan tidak lupa akan 'hand sock n sock' , InsyaAllah berterusan .

Kalau dilihat melalui cara pergaulan antara lelaki dan perempuan di sana . Mereka bebas bersentuh-sentuhan bagi mereka yang biasa dengan lelaki . Tapi aku , malu lah , nak bercakap dengan lelaki kelas aku pown , aku perlu berfikir banyak kali . Kalau dengan akhi Pedas tu lain lah , sebab aku tak pernah jumpa in person dengan dia. Aku dari sekolah agama , jadi bila bergaul dengan budak sekolah harian nie , rasa lain sangat . 

Jiwa kita tak sama , ada yang suka lepak dengan lelaki , ada yang kawannya semua lelaki . Bagi aku , nak berkawan dengan lelaki tak de masalah , tapi kena jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan . Tapi mereka biasa ja . .  Alamak , aku tak boleh  lah macam tu . Nauzubillah . .

Jadi dalam pergaulan aku antara lelaki dan perempuan , aku sering menasihati diri agar tidak lebih dalam bergaul dengan lelaki . Biasa lah setiap manusia Allah anugerah kan perasaan , jadi kita sebagai pemegang amanah nie , perlu menjaga hati dengan baik agar tidak tercemar dengan noda dunia . Syaitan sentiasa mengacau anak Adam , jadi berhati-hati lah ketika berhubung dengan lelaki. 

Itu saja lah...

Sekian Terima Kasih
"Ani Nadhirah"

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial