Assalamualaikum . . Selamat pagi jumaat . .
>>> Aku dah penat dengan semua ni , tak tahu dah nak buat ape . Dalam fikiran sekarang ni semua benda ada , semua benda nak kene pikir satu persatu , baik atau buruk perkara tu , berisiko atau tak , apa yang bakal terjadi demikian hari .
Semua benda kena pikir dan kaji betol-betol . Bila keluar je result SPM , aku macam dah hilang arah , dengan Result aku sebanyak itu , mana harus aku apply .
Pening-pening , semua jadi tak kene , malu lagi dekat orang sekeliling . Memang ada 'A' untuk dijadikan pengobat kpd kedua orang tua aku , tapi itu belom cukup bagi aku .
Betollah , rezeki masing-masing , jadi nak ke, tak nak ke kita harus terima dengan redha . Setiap apa yang Allah bagi untuk kita , ada hikmahnya . Oleh itu kita jangan sesekali
mudah untuk berputus asa.
Hermmm . . aku pown dah besar , boleh pikir mana yang sesuai dengan aku .
Baik atau buruk setiap keputusan yang aku ambik , semuanya bergantung atas aku sekarang .
Penat lah , asyik bangun pagi , terbuka nya mata ini , terus terfikir ,
"aku nak sambung belajar kat mana lepas ni?"
Selalu je macam ni .
Sedare-mare sebok ja duk tanya , nak sambung mana .
Diorang seolah-olah bagi tekanan kat aku . Tapi tak pelah tak kisah pown , lagi pown setiap benda yang bakal kita buat tu , semuanya bergantung atas kita .
Alhamdulillah . .
Allah bagi aku jalan keluar .
Oleh kerana aku dah tak tahu hala tuju nak kemana . Emak sedara aku , suh aku pergi dekat 'BNF INDUSTRIES & MANAGEMENT SERVICES'
Kat situ ada seorang hamba Allah yang dikenali dengan Ayh Haji .
Dia ni boleh dikategorikan sebagai 'Org yang Pro dalam Perihal Universiti' ni. Jadi aku kesana , bila sampai turn aku untuk jumpa dia . Aku diasak dengan pelbagai soalan .
Kalau jawapan aku tidak logik dengan soalan yang ditanya , memang kene 'sound' dengan dia , alamtnya malulah muka .
HAHAHAHAHAHAHA
Sesi pemilihan bidang dan kursus yang bakal kita ambil di Universiti bermula.
First , sekali dye mintak kita salin kod yang dye bace .
Bila siap je salin , dye akan bagi kita check dekat satu buku , yang memang full dengan bidang , kursus dan Universiti yang bakal kita sambung belajar.
Bila siap je isi sume tuh , dia akan check balik apa yang kita isi tu .
Then , bagi kat dye nye kakitangan dye check dan masukkan maklumat tu dalam laptop , then boleh balik.
Hasrat aku untuk mengambil Pengajian Islam di UNISZA , memang kurang bernasib baik.
Result aku tidak mencapai target yang diminta .
Tapi tak pelah mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku .
Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.
Oleh itu aku tak boleh mudah berputus asa . Masih ada peluang untuk aku baiki
segalanya.
InsyaAllah , sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan aku bersendirian .
sekian . .
.jpg)
.jpg)







