K
|
eputusan UPSR , dah pun
keluar. Dengan penuh semangat Ira melangkah ke kelas untuk menanti namanya di
panggil oleh guru kelasnya, almaklumlah , keputusan yang dinantikan telah
keluar. Sesampai di kelas, kelihatan ramai pelajar berkumpul dengan ahli
kumpulan masing-masing. Ira terjenguk-jenguk mencari kawan-kawannya yang lain,
akhirnya, pencariannya telah ketemu. Masing-masing menceritakan pengalaman
masing-masing ketika cuti sekolah berlangsung. Kami sekumpulan risaukan
keputusan yang bakal diagihkan oleh guru kelas. Hati tidak tenang, perasaan
bercampur-baur.
“argghhh!!. Takutlah
aku”Farhana mula bersuara.
“alah,janganlah sampai
macam ni sekali, rilex lah,tak de ape
yang akan berlaku”tegas Ira, seolah-olah dia tidak bimbangkan apa-apa yang
bakal berlaku selepas ini.
“elleh,macam lah kau tu
tak gabra sangat , Ira aku kenal lah kau tu ,janganlah nak buat muka tak de
pape , pantang aku nie . .”Syikin cuba tegaskan suara , rakan-rakannya yang
lain tergelak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Syikin.
Pelajar-pelajar mula membanjiri dewan sekolah , Asmaq
orang yang pertama disebut namanya. Lepas sorang-sorang nama rakan-rakannya di
sebut , tapi tiada pula kedengaran namanya disebut oleh cikgu tersebut.
“okey , baiklah , bagi
nama yang saya tidak sebut tadi , boleh lah kehadapan dan ambik slip UPSR kamu
ni”arah cikgu Wan Zulkifli kepada para pelajar yang lain.
Dia, orang pertama yang cepat-cepat menghala ke arah
cikgu Wan Zulkifli. Slip UPSR , kini bertukar tangan. Muka yang gembira tadi
berubah menjadi hambar dan masam mencuka. Atur gerak yang perlahan membuatkan
Ira boleh melihat rakan-rakan sekeliling menangis dengan penuh esakan. Air mata
Ira hampir gugur di depan sahabat handai , namun di tahan jua agar , tangisan
itu hanya dirinya seorang yang tahu. Tanpa berfikir panjang , dia meluru ke
tandas perempuan di blok A aras satu. Diraba-raba telefon nokia 110 didalam tas
tangan yang diberi oleh Umminya. Satu no telah tertaip di skrin, bunyi
panggilan masuk sudah terjawab.
“Ummi, assalamualaikum”
Ira mula diam tidak
berbicara.
“Anak Ummi dapat berapa
A, sayang?”
Ira membiarkan pertanyaan itu , tapi di jawab dengan
tangisan yang sangat berat untuk dilepaskan, esakan demi esakan terdengar .
“Ummi , Ira Cuma dapat 2A”sedu-sedan Ira
menjawabnya.
Umminya terus,sampaikan khabar tersebut kepada
abahnya.
“Sabar Ira tak perlu nangis banyak-banyak , dah
usaha kita sebanyak tu, jadi itu jelah yang kita dapat , setiap yang berlaku
ada hikmahnya”kata abah Ira untuk
menyedapkan lagi hati Ira.
Setelah talian telefon dimatikan, Ira melangkah
keluar dari tandas wanita , dan mengatur langkah perlahan menuju ke pintu pagar
utama sekolah.
* * *
Ceywah , jadi tak . .kononnya nk buat cerpen . .konon . .






Tiada ulasan:
Catat Ulasan