Rabu, 10 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA

Views
Assalamualaikum semua . .

Bulan Ramadhan tiba lagi , Alhamdulillah kita sama-sama dapat menjalani permulaan puasa hari ni.
Moga-moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa hingga ke penghujungnya.
InsyaAllah . .

 
Toink . .Toink . . Selamat Berpuasa Semua.

Rabu|10.JULAI.2013|1Ramadhan.
Alhamdulillah , hari ni first puasa . .huhuhu. . badan rasa sihat ja , tak rasa penat pun.
Berpuasa di perantauan(perantauan lah sanggat , tangan ke bahu, mata ke atas) ni kene pandai-pandailah cari makanan sendiri .
Alhamdulillah , pagi tadi sahur dengan sebiji kurma dan maggi cup separuh , plus air masak banyak-banyak.

* * *
Memang terasa kesunyian bila diri ini bersahur bersama rakan-rakan seperjuangan , tanpa ummi dan abah disisi . 
Sayu hati ini , mengenangkan ummi wa abah di kampung.
Mengenangkan aku ke sini untuk menuntut ilmu , aku gagah kan diri untuk lawan perasaan negetif yang selalu  mengganggu aku. Harapan ummi dan abah untuk melihat aku berjaya sangat lah kemuncak , aku tak nak sia-sia kn masa aku kat sini dengan perkara yang melalaikan.
Allahurabbi , aku tahu AllahSWT tidak pernah tinggalkan aku , jadi aku harus kuat .
"Nadhirah tabahkan dirimu,, kamu boleh,, pasti boleh ! ! !"

* * *
Hari ni jugak lah aku dapat join team Usrah. InsyaAllah dengan join nya team Usrah ni , aku akan dapat lebih informasi tentang ilmu agama . 
U.S.R.A.H ? ? ?
Apa yang aku dapat lihat dari mata kasar, ia hanya satu kumpulan kecil dan seorang naqibah akan menyampaikan ilmu yang dia ada tersebut . Ia hanya satu perkongsian .
Tetapi jika kita lihat dari segi faedah yang bakal kita dapat dan perolehi ia amatlah bermakna bagi diri setiap insan yang mengagungkan Allah SWT.
Ilmu walaupun ia sedikit ia tetap bermakna buat kita yang jahil tentang ilmu .
Tak kira lah ilmu apa pun , asalkan bukan ilmu yang menyesatkan.
Ilmu yang sedikit itu yang bakal membuka kan pintu syurga untuk kita kelak .
InsyaAllah.

* * *
Sekarang dah pukul5.25 petang , tiba masanya untuk aku siap kan diri menghadap Pencipta yang paling agung dan tiada tandingannya . Ye lah, berblogger2 jugak kan , jangan sampai benda yang wajib terabai .
Okeylah ani akhiri ceritera ani dengan Salam alaik.



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan