Isnin, 1 April 2013

Bez Buddies ! !

Views

[B][E][Z]  [B][U][D][D][I][E][S] [!][!]

Assalamualaikum . .

Gambar kat atas tu , gambar kawan-kawan yang rapat dengan aku . 
I LOVE THEM . .

Rapat tak bererti , always berkepit kesana sini . Okey , biark paham na.
Aku ada ramai buddies , sampai letih nak mengiranya . But , nak cari yang real buddy , bukan senang .

Hermmm , kawan tak semua nya baik kan. So BEWARE .
Dalam , gambar yang tertera kat atas tu , aku da label nama mengikut muka masing-masing .

Aku tak tahu antara diorang tu , siapa yang paling rapat dengan aku . Sebab aku rasa kami semua sama .
Masa sekolah dulu , aku paling suka berkepit dengan Yuni , In , n Aini .
Bila time rehat plak suka ajak Fazliyana tu borak-borak . Macam-macam aku share dengan dia . hahahaha.
Bila dengan Ain plak , aku selalu je menyibukkan diri untuk tumpang balik dengan dia.hahah
Dengan Latfi plak , bila aku kumpul ramai-ramai kat libry atau mane-mane lh.

Mase sekolah kemain rapat lagi , hahaha , makan sekali , pergi mana-mana pown sekali . Bila semua dh mula bawak haluan masing-masing . Rasa sunyi plak .
Kitorang dah jrang bercontact .
Semua ade kerja masing-masing . Tapi memang aku rindukan mereka semua.

Then , ade sorang lagi buddy aku . Aku suka berkawan dengan dia , dia banyak bagi aku nasihat . Banyak bagi kata-kata semangat bila aku down.
Dia baik , okey , dalam aku lalai , dia ingatkan aku.
Dia nie macam mana arh aku nak describe . Dia nie macam unik gituh . Dia funny .
Kami hanya jumpa sekali , then kami hanya berhubung melalui pesanan ringkas n muka buku .
Bila aku berkawan dengan dia , banyak perkara yang aku tak tahu , aku tahu daripada dia .
Dah habis , sekian.

Kawan nie sebenarnya , lama-lama boleh jadi lawan .

Aku always ingt kata-kata Muhammad Syamim nie.
"Bilamana kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH , kita jaga hubungn kita dengan manusia , dan jaga hubungan kita dengan alam . . InsyaAllah . . Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia . . "

Oleh itu , jagalah hubungan kita sesama makhluk . .

sekian .



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 29 Mac 2013

INI SATU UJIAN

Views

Assalamualaikum . . Selamat pagi jumaat . .

>>> Aku dah penat dengan semua ni , tak tahu dah nak buat ape . Dalam fikiran sekarang ni semua benda ada , semua benda nak kene pikir satu persatu , baik atau buruk perkara tu , berisiko atau tak , apa yang bakal terjadi demikian hari .

Semua benda kena pikir dan kaji betol-betol . Bila  keluar je result SPM , aku macam dah hilang arah , dengan Result aku sebanyak itu , mana harus aku apply .

Pening-pening , semua jadi tak kene , malu lagi dekat orang sekeliling . Memang ada 'A' untuk dijadikan pengobat kpd kedua orang tua aku , tapi itu belom cukup bagi aku .

Betollah , rezeki masing-masing , jadi nak ke, tak nak ke kita harus terima dengan redha . Setiap apa yang Allah bagi untuk kita , ada hikmahnya . Oleh itu kita jangan sesekali
mudah untuk berputus asa.


Hermmm . . aku pown dah besar , boleh pikir mana yang sesuai dengan aku . 
Baik atau buruk setiap keputusan yang aku ambik , semuanya bergantung atas aku sekarang .
Penat lah , asyik bangun pagi , terbuka nya mata ini , terus terfikir ,
 "aku nak sambung belajar kat mana lepas ni?"
Selalu je macam ni . 

Sedare-mare sebok ja duk tanya , nak sambung mana .
Diorang seolah-olah bagi tekanan kat aku . Tapi tak pelah tak kisah pown , lagi pown setiap benda yang bakal kita buat tu , semuanya bergantung atas kita .





 Alhamdulillah . .
Allah bagi aku jalan keluar .
Oleh kerana aku dah tak tahu hala tuju nak kemana . Emak sedara aku , suh aku pergi dekat 'BNF INDUSTRIES & MANAGEMENT SERVICES'
Kat situ ada seorang hamba Allah yang dikenali dengan Ayh Haji . 
Dia ni boleh dikategorikan sebagai 'Org yang Pro dalam Perihal Universiti' ni. Jadi aku kesana , bila sampai turn aku untuk jumpa dia . Aku diasak dengan pelbagai soalan .
Kalau jawapan aku tidak  logik dengan soalan yang ditanya , memang kene 'sound' dengan dia , alamtnya malulah muka . 

HAHAHAHAHAHAHA

Sesi pemilihan bidang dan kursus yang bakal kita ambil di Universiti bermula.
First , sekali dye mintak kita salin kod yang dye bace .
Bila siap je salin , dye akan bagi kita check dekat satu buku , yang memang full dengan bidang , kursus dan Universiti yang bakal kita sambung belajar.

Bila siap je isi sume tuh , dia akan check balik apa yang kita isi tu .
Then , bagi kat dye nye kakitangan  dye check dan masukkan maklumat tu dalam laptop , then boleh balik. 


Hasrat aku untuk mengambil Pengajian Islam di UNISZA , memang kurang bernasib baik.
Result aku tidak mencapai target yang diminta .
Tapi tak pelah mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku .
Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.

Oleh itu aku tak boleh mudah berputus asa . Masih ada peluang untuk aku baiki 
segalanya. 

InsyaAllah , sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan aku bersendirian .

sekian . .
 
 


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Isnin, 25 Mac 2013

SEGALANYA BERMULA DI SINI

Views

  K
eputusan UPSR , dah pun keluar. Dengan penuh semangat Ira melangkah ke kelas untuk menanti namanya di panggil oleh guru kelasnya, almaklumlah , keputusan yang dinantikan telah keluar. Sesampai di kelas, kelihatan ramai pelajar berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing. Ira terjenguk-jenguk mencari kawan-kawannya yang lain, akhirnya, pencariannya telah ketemu. Masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing ketika cuti sekolah berlangsung. Kami sekumpulan risaukan keputusan yang bakal diagihkan oleh guru kelas. Hati tidak tenang, perasaan bercampur-baur.
“argghhh!!. Takutlah aku”Farhana mula bersuara.
“alah,janganlah sampai macam ni sekali, rilex lah,tak de ape yang akan berlaku”tegas Ira, seolah-olah dia tidak bimbangkan apa-apa yang bakal berlaku selepas ini.
“elleh,macam lah kau tu tak gabra sangat , Ira aku kenal lah kau tu ,janganlah nak buat muka tak de pape , pantang aku nie . .”Syikin cuba tegaskan suara , rakan-rakannya yang lain tergelak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Syikin.
            Pelajar-pelajar mula membanjiri dewan sekolah , Asmaq orang yang pertama disebut namanya. Lepas sorang-sorang nama rakan-rakannya di sebut , tapi tiada pula kedengaran namanya disebut oleh cikgu tersebut.
“okey , baiklah , bagi nama yang saya tidak sebut tadi , boleh lah kehadapan dan ambik slip UPSR kamu ni”arah cikgu Wan Zulkifli kepada para pelajar yang lain.
            Dia, orang pertama yang cepat-cepat menghala ke arah cikgu Wan Zulkifli. Slip UPSR , kini bertukar tangan. Muka yang gembira tadi berubah menjadi hambar dan masam mencuka. Atur gerak yang perlahan membuatkan Ira boleh melihat rakan-rakan sekeliling menangis dengan penuh esakan. Air mata Ira hampir gugur di depan sahabat handai , namun di tahan jua agar , tangisan itu hanya dirinya seorang yang tahu. Tanpa berfikir panjang , dia meluru ke tandas perempuan di blok A aras satu. Diraba-raba telefon nokia 110 didalam tas tangan yang diberi oleh Umminya. Satu no telah tertaip di skrin, bunyi panggilan masuk sudah terjawab.
“Ummi, assalamualaikum”
Ira mula diam tidak berbicara.
“Anak Ummi dapat berapa A, sayang?”
Ira membiarkan pertanyaan itu , tapi di jawab dengan tangisan yang sangat berat untuk dilepaskan, esakan demi esakan terdengar .
“Ummi , Ira Cuma dapat 2A”sedu-sedan Ira menjawabnya.
Umminya terus,sampaikan khabar tersebut kepada abahnya.
“Sabar Ira tak perlu nangis banyak-banyak , dah usaha kita sebanyak tu, jadi itu jelah yang kita dapat , setiap yang berlaku ada hikmahnya”kata abah  Ira untuk menyedapkan lagi hati Ira.
Setelah talian telefon dimatikan, Ira melangkah keluar dari tandas wanita , dan mengatur langkah perlahan menuju ke pintu pagar utama sekolah.
            *          *          *

Ceywah , jadi tak . .kononnya nk buat cerpen . .konon . .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Isnin, 24 Disember 2012

"K"Town ...aku akan lawat kau ! ! !

Views


Assalamualikum w.b.t
Alhamdulillah , di hari yang mendung , hujn berarak nie . . aku sekeluarga tengah bersiap2 untuk ke Kuala Lumpur . .sempat lagi aku nk menyibok kat sini..hermh...sebenarnya semalam lagi nk bertolak..oleh kerana hujn terlalu lebat . .jadi my lovely abah ,ambil keputusan untuk pergi pagi nieyh..nth pukul berapa nk bertolak nie..nie pown hujn tak berhenti lagi,,

YA Allah selamtknlah perjalnn kami pergi dn pulang..InsyaAllah..

dah lah..perit lapar nie..kene isi prut dulu lah ..

ASSALAMUALAIKUM . .
 ^_______^

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 14 Disember 2012

cayalah... ! !

Views


Alhamdulillah........
Akhirnya, impian untuk uat lesen kereta kesampaian jugak..
Subhanallah , memang tak percaya ! ! sekarang aq dah siap sedia untuk menjadi pemandu berhemat . . ceywah..
 Tempat ambik lesen kereta nie jauh sikit lah, tapi takper.. ummi tak yah nak bazirkan minyak kereta, lagi pown memang dah ada cikgu yang hantar dan ambil student dye yang memang nk belajar kereta.
AMKIST terletak di kandis Bachok,Kelantan.. jauh sikit daripada rumah aq..woooppss...cop2.. bukan jauh sikit tapi banyak..hahaha
Baiklah bengkel tadi start pukul 9.30 pagi..
Abg Ikie yang conduct mula2 sal etika dan keselamatan bawak kereta..
Pukul 10.30 pagi break jap , then aq kuar pegy kantin dgn budk baru aku kenal , name izzati..
Dia senyap sikit , tapi takperlah , boleyh jadi teman aku sepanjang bengkel berlangsung . .tu dah kire ok dah , then aku tak kesunyian ! !
*hahahahahahaha
Pukul 11 pagi , kami masuk..then habis pukul 12.30 pagi..aq n kaum hawa gerak ke kantin, yang lelaki naik kereta gerak ke masjid.. maklumlah hari nie kan hari jumaat.. so kaum adam wajib solat jumaat . .
Then , bermula balik pada pukul 2.30 petang . . disitulah pelbagai senario yang di lakukan oleh Abg Ki . . , supaya kami yang beramai2 nie tak mengntuk..
Tapi yang nk gelaknyer, budak yang namer Izzati nie , boleh plak die 'tersengguk2' time sume student ngah gelak nk pecah perot . . 
Aku yang gelak bagai nk rak kat tepi die . .boleyh plak die tak sedar . . still tido2..
hahaha
Aq nk kejutkan dye pown taksampai hati, al-maklum lah , aku nie suka berhusnuzon . . jadi aku biarkan dye tido. .
Last2 minute tu.. baru lah dyer sedar..nk habis dah time tika tu..hahaha
Lepas keluar dri dewan A , aku pown pergilah ambik I/C dekat kaunter first daftar tadi..
Aku pown kuar . . then aq cari kAk Ecah . . aq pow tengok kak Ecah sedng ajar students dia bawak kereta . . wah macam2 reaksi ader . .hahaha. .
memang tergelak aku . . tu baru org lain . .lau aku..nth ape lah jadi nya nanti..
Nanti nk exam undng2 plak..

www.google.com
....>>>it will be continued ! !

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial