Selasa, 19 November 2013

PUDING ROTI ! !

Views
ASSALAMUALAIKUM . . .

Rasa senang hati bila cuba buat benda baru , ye lah kan selalunya ani sibukkan dengan masak lauk pauk je . Entah kenapa lah beberapa hari nie , terasa nak makan pemanis mulut plak . Biasa lah teknik try and error memang penting lah dlm masakan , kalau tak try buat bila nak merasa air tangan sendiri kan.

Hahahahahahahaha.

oooppppsss . . terlebih bahagia lah nie cite dye , okey baiklah , ani nak kongsi lah sikit resepi yang ani try nie , sangat simple , dan hasil nya sangat lah sedap , alahai rugi lah kalau tak rasa,huhuhu.



Bahan2

  1. Gula  4 sudu.
  2. Telur 1biji.
  3. Esen vanilla satu sudu kecil.
  4. Susu cair 1tin. 
  5. Kismis sebagai hiasan.
  6. Roti.
Cara2
 
  1. Masukkan gula, telur, esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  2.  Masukkan susu cair tadi dan kacau lagi hingga sebati .Dan ketepikan susu cair yg tadi .
  3. Potong roti kecik2 ikut suka hati. letak kismis tadi . .Lepas tu tuang kn susu cair yg dikacau tadi ok. 
  4. Lepas tu kukus selama setengah jam.
Siap lah. .puding roti tadi. .  Kismis tu letak lah kalau nk letak. .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Rabu, 25 September 2013

SAYANG ABAH !

Views
ASSALAMUALAIKUM ! !

05|SEPTEMBER|2013
(RABU)

------>   Hey jurnol !!
Bismillah . . selamat pagi , this is my abah,sayang abah sangat. Warkah buat mu Abah.



Assalamualaikum abah, kehadapan abah yang Ayong sayangi , Abah apa khabar ? ehehe , Abah tau , ayong tak kuat duk sini Ayong takut Ayong terjerumus skali ngn budaya sini , abah tau , duk sini tak sama ngn duk di besut dekat dengan ummi dan abah. Abah tau, mula2 abah antar ayong sini, ayong rasa happy sangat, sebab jauh daripada ummi ngn abah, Ayong tau nanti ayong mesti berdikari sendiri , bila jauh dripada ummi ngn abah. Tapikan abah, first ayong buat benda yang ayong tak pernah buat sendiri, ayong rasa macam susah sangat, tapi Alhamdulillah, lama2 benda tu dah biasa dengan ayong. Abah ngan Ummi nak tau , first belajar dengan subject baru, ayong rasa susah sangat , tapi memandangkan susah tu daripada Allah , maka ayong mohon pada Dia dipermudahkan segala urusan ayong , Alhamdulillah, ayong da boleyh ikot subject yang ayong belajar . Tapi bila subject akaun ayong rasa macam payah sangat2. Ayong tak tau kenapa, mungkin ayong kena bagi tumpuan lebih untuk subjek akaun kot, InsyaAllah, ummi ngn abah doakan ayong ya , agar berjaya dan dikuatkan iman.

 Abah, bila lama2 ayong jauh ngan abah, rindu ayong kuat sangat ingt kat abah, ayong tau selama nie , ayong banyak guriskan hati kecil abah, ayong mintak maaf abah, ayong tak mampu jadi anak  yang terbaik untuk abah, ayong tak mampu nk jadi macam adik2 yang lain. Abah, ayong tau abah sayangkan ayong tapi ayong  je tak perasan benda tu sebab abah ada mood tersendiri, ayong tak kisah, kekadang cara abah tegur dan bercakap ngan ayong pown ayong boleh mengalirkan air mata. Abah, ayong sayang abah, bila dengan keluarga ayong tak tau nk ucap sayang depan abah macam mana, sebab abah biasa je, abah tk zahirkan sangat sayang tu dekat anak2 abah, tapi ayong tau abah sangat menyanyangi ayong , ayong tau bila ayong sakit abah adalah orang pertama risaukan ayong, ayong tau bila ayong tak makan ubat , abah orang yang pertama akan suruh makan ubat. Ayong tau , ayong jarang sembang banyak2 ngan abah, sebab ayong takut nanti ayong salah cakap abah marah , then satu lagi bila ayong cerita apa2 kat abah masa abah ambik ayong dari kelas, abah merupakan pendengar yang setia , yang selalu dengar ayong bercakap sepanjang perjalanan balik kerumah. Abah bagi respond panjang bila perkara tu mencuit hati abah, abah akan erm je bila benda tu tak de motif yang nak disampaikan.

Abah , bila ayong jauh ngn abah ayong mula rasa semua nie, maafkan ayong abah. Abah, ayong tau doa kedua ibubapa tiada hijabnya. Abah , ayong mintak abah doakan ayong agar kental iman dan dipermudahkan segala urusan, dan jauh dari segala perbuatan maksiat dan perkara yang tidak diredhai Allah.. Abah, ayong pandai menangis je bila teringatkan abah, pengorbanan abah untuk ayong sangat besar, sampaikan ayong tak mampu balas apa2, ayong nk jadi anak solehah dunia  akhirat InsyaAllah  nak doakan untuk ummi wa abah. Abah, ayong malu nak tepon kat abah, ayong takot nanti ayong nangis, sebab ayong tak kuat tahan rindu nie..rasa nak pecah dada ingatkan abah,ayong nk balik abah. 

Abah,abah segalanya untuk ayong, tanpa abah di sisi, ayong rasa tak selamat , rasa takut bila bersendirian . Abah, tiada kata lain yang mampu ayong ungkap, selain ungkapan maaf. Abah redha dan restuilah ayong abah, mohon abah iringi ayong dengan doa .Senyuman dan gelak ketawa yang abah pamerkan sangat bermakna untuk ayong. . tiap kali abah merenung jauh,ayong turut merasa perkara yang sama, ayong tau abah banyak masalah. Abah tak pernah pamerkan semua tu , sebb abah tak mo anak2 abah risau. Sebab ayong tau abah kuat, abah ayong kuat . Abah tau saat ayong menulis warkah ini, deraian air mata laju membasahi pipi ..ayong rindu abah..dan ayong tujukan khas lagu buat abah . .lagu nie sangat bermakna untuk ayong. 

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu abah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KAWAN !

Views
ASSALAMUALAIKUM . .


GAMBAR HIASAN TERR..


Kawan kita kenal tanpa diduga. 
Menjadi sahabat tanpa dipinta.
Rapat tanpa disedari.

 Jauh bukan penghalang.
Tanpa bersua.
Doa selalu ku titipkan.
Tangisan selalu ku lagukan.
Saat hati dan perasaan ingatkan kamu.

Kawan.
Mungkin engkau tidak sedar.
Kerna kita banyak perbezaan.
Dalam gurauan aku mula mengenali mu.
Dalam diam hati ini berubah.
Tanpa sedar aku takut kehilangan kawan seperti kamu.

Aku tahu kita takkan selamanya rapat.
Kerna kita bakal menuju haluan sendiri.
Maafkan aku kerna banyak susah kan kamu.
Tapi engkau tidak pernah mengeluh dengan perangai ku.

Engkau melayan.
Engkau mendengar.
Engkau menasihat bila perlu.
Engkau menegur bila ada yang salah.
Terima kasih kawan.


Salam alaik.




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 2 Ogos 2013

KAMPUNG GIRL ! !

Views
ASSALAMUALAIKUM .


Selamat pagi . .

Hai , nama ku Nadhirah , boleh panggil aku , ani ! 
Kampung Girl?? Apa tu ?? Hahahaha , ini cerita tentang aku , maybe korang pown ada cerita masing-masing kan , samalah macam aku.

* * *
Aku seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar . Kali pertama jejakkan kaki dinegeri orang , terasa diri ini seperti pendatang asing . Iye lah , nak mengenali bandar bukan senang . Aku seorang siswi di Institut Profesional Baitulmal . Alhamdulillah , kali pertama masuk ke sini , aku perlahan-lahan sesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di sini .

Pelajar di sini kebanyakannya dari Kelantan , yang lain dari Selangor , Pahang ,Perak , Sabah pown ada , dan tak lupa jugak negeri yang aku sayangi , iaitu Negeri Terengganu . Bila aku keluar dari kelompok aku , dan bergaul dengan budak bandar , rasa lain sangat . Iye lah , selalunya bergaul dengan budak yang sama level dengan aku , rasa biasa je . Tapi bila dengan mereka semua , aku rasa lain sangat .

Maklumlah , budak bandar semua teror . Aku pown tumpang teror diorang . Hahaha . Diorang memang baik , aku suka lepak dan study sama-sama ngan diorang semua . Diorang tak lah kedekut sangat dalam perkongsian ilmu nie . So aku boleh ngam lah ngan diorang .

Tapi bila melihat cara mereka berpakaian , aku rasa 'pity' plak bila tengok cara mereka . Ada yang menutup aurat dengan sempurna tu Alhamdulillah , tapi susah sangat nak lemparkan senyuman tu . Hahaha . Lain orang lain ragamnya . Aku pown sama macam diorang , dalam menutup aurat tu , Alhamdulillah masih lagi bertudung labuh dan tidak lupa akan 'hand sock n sock' , InsyaAllah berterusan .

Kalau dilihat melalui cara pergaulan antara lelaki dan perempuan di sana . Mereka bebas bersentuh-sentuhan bagi mereka yang biasa dengan lelaki . Tapi aku , malu lah , nak bercakap dengan lelaki kelas aku pown , aku perlu berfikir banyak kali . Kalau dengan akhi Pedas tu lain lah , sebab aku tak pernah jumpa in person dengan dia. Aku dari sekolah agama , jadi bila bergaul dengan budak sekolah harian nie , rasa lain sangat . 

Jiwa kita tak sama , ada yang suka lepak dengan lelaki , ada yang kawannya semua lelaki . Bagi aku , nak berkawan dengan lelaki tak de masalah , tapi kena jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan . Tapi mereka biasa ja . .  Alamak , aku tak boleh  lah macam tu . Nauzubillah . .

Jadi dalam pergaulan aku antara lelaki dan perempuan , aku sering menasihati diri agar tidak lebih dalam bergaul dengan lelaki . Biasa lah setiap manusia Allah anugerah kan perasaan , jadi kita sebagai pemegang amanah nie , perlu menjaga hati dengan baik agar tidak tercemar dengan noda dunia . Syaitan sentiasa mengacau anak Adam , jadi berhati-hati lah ketika berhubung dengan lelaki. 

Itu saja lah...

Sekian Terima Kasih
"Ani Nadhirah"

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Sabtu, 13 Julai 2013

PHONE ALARM ! ! !

Views
ASSALAMUALAIKUM WBT . .

PHONE ALARM.

Hello semua n Akhi 'Pedas' . .
Haaa.. Bulan Ramadan nie biasa lah , semua perlu bangun sahur kan. Jadi untuk sedarkan kita bila bangun sahur ialah JAM atau Phone . 
Sebab apa dua perkara nie , sebab ia mengeluarkan bunyi. 
Ehehehe. Aku just tau dua benda nie ja , tapi tak tau lah kan , korang tau lebih bnyk dri aku .
Haaa..OK lah , aku pown guna salah satu di antara benda nie .

E'eyhhhh..cop2..aku tak guna salah satu , tapi aku guna dua-dua sekali . 
Haaa , maklumlah aku kalau tidur memang liat nk bangun . ehek ..ehek..
Sebenarnya tak jugak . Bangun jgak kalau tak pkai dua benda nie haa.

Selain daripada dua benda nie , ada lagi satu perkara yang boleh jagakan kita daripada terus tidur.
Niat , kalau lah esok nk bangun awal , ok malam sebelum tidur tu , terus pasang niat , nk bangun awal-awal pagi  besok . InsyaAllah , Allah akan jagakan kita . Haaa,, gitu..

Tapi aku , sejak puasa nie , Alhamdulillah lah , ada orang yang tolong kejutkan .
haaaa,, so sweet .. grrrr ..
Phone aku kuatkan volume , aku letak tepi bantal , then sebelum nak tidur , aku baca doa tidur dan aku pasang niat aku nak bangun sahur . 

Bila time sahur ja , phone aku mula lah terpekik-terlolong mintak di matikan bunyi alah tu .
Then suara yg agak kasar di talian mengejutkan aku untuk bangun sahur .
Akhi 'pedas berapi' kejut kan aku .. Wow ..
Aku yang dalam keadaan mamai nie , dengar tak dengar ja suara akhi tu.

Yang paling aku geram , boleyh lak masa sahur dia call then panggil aku 'mak cik' .
Agak-agaklah , saya masih muda , , baru genap 18 tahun , boleyh plak pnggil mak cik kat aku , rasa mcm nk seppak-seppak je laju2 .
Kalau depan aku , memang nahas aku kerjakan akhi 'pedas berapi' erghhhhh ..cairrr..."HAKHAKHAKHAKHAK(suak jahat)"

Naseb ja jarak yang jauh menjarakkan kami . 
Ish kekadang rasa lain plak bila dah rasa semacam ja layan si akhi terr..tpi ..tak perlu nak pikir sangat , dia dah tua, haaa,, no prob..tapi ok ja kalau nk kejar ..hahaha..

Seandainya suatu hari nanti aku terserempak dengan akhi 'pedas berapi' tu . Memang tak ah , mana nk sorok muka , malu kot .hahaha,, tak pe lah..aku jumpa pown , apa nak takut , kita kawan kan akhi . Nanti aku just agkat peace je dekat dia ..peace .. atau aku buat cm nie. .mana-mana pown boleh kan ..akhi..hahahah.

huhuhu..ok dah lah ..ngantok lah nnt tak sedar plak sahur pagi besok .. bye Akhi 'pedas berapi' 


Credit to Abang Pedas - I LOVE YOU STUPID ! a.k.a ILUS .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Rabu, 10 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA

Views
Assalamualaikum semua . .

Bulan Ramadhan tiba lagi , Alhamdulillah kita sama-sama dapat menjalani permulaan puasa hari ni.
Moga-moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa hingga ke penghujungnya.
InsyaAllah . .

 
Toink . .Toink . . Selamat Berpuasa Semua.

Rabu|10.JULAI.2013|1Ramadhan.
Alhamdulillah , hari ni first puasa . .huhuhu. . badan rasa sihat ja , tak rasa penat pun.
Berpuasa di perantauan(perantauan lah sanggat , tangan ke bahu, mata ke atas) ni kene pandai-pandailah cari makanan sendiri .
Alhamdulillah , pagi tadi sahur dengan sebiji kurma dan maggi cup separuh , plus air masak banyak-banyak.

* * *
Memang terasa kesunyian bila diri ini bersahur bersama rakan-rakan seperjuangan , tanpa ummi dan abah disisi . 
Sayu hati ini , mengenangkan ummi wa abah di kampung.
Mengenangkan aku ke sini untuk menuntut ilmu , aku gagah kan diri untuk lawan perasaan negetif yang selalu  mengganggu aku. Harapan ummi dan abah untuk melihat aku berjaya sangat lah kemuncak , aku tak nak sia-sia kn masa aku kat sini dengan perkara yang melalaikan.
Allahurabbi , aku tahu AllahSWT tidak pernah tinggalkan aku , jadi aku harus kuat .
"Nadhirah tabahkan dirimu,, kamu boleh,, pasti boleh ! ! !"

* * *
Hari ni jugak lah aku dapat join team Usrah. InsyaAllah dengan join nya team Usrah ni , aku akan dapat lebih informasi tentang ilmu agama . 
U.S.R.A.H ? ? ?
Apa yang aku dapat lihat dari mata kasar, ia hanya satu kumpulan kecil dan seorang naqibah akan menyampaikan ilmu yang dia ada tersebut . Ia hanya satu perkongsian .
Tetapi jika kita lihat dari segi faedah yang bakal kita dapat dan perolehi ia amatlah bermakna bagi diri setiap insan yang mengagungkan Allah SWT.
Ilmu walaupun ia sedikit ia tetap bermakna buat kita yang jahil tentang ilmu .
Tak kira lah ilmu apa pun , asalkan bukan ilmu yang menyesatkan.
Ilmu yang sedikit itu yang bakal membuka kan pintu syurga untuk kita kelak .
InsyaAllah.

* * *
Sekarang dah pukul5.25 petang , tiba masanya untuk aku siap kan diri menghadap Pencipta yang paling agung dan tiada tandingannya . Ye lah, berblogger2 jugak kan , jangan sampai benda yang wajib terabai .
Okeylah ani akhiri ceritera ani dengan Salam alaik.



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 5 Julai 2013

HANYA PADA MU

Views





Assalamualaikum wbt .

Berjauhan dengan  keluarga tercinta membuatkan aku lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan disini . Tinggal di tempat orang tidak seperti tinggal di tempat sendiri . Disini aku cuma ada Allah , tak kiralah dimana pun Dia sentiasa ada untuk aku , seorang hamba yang kerdil di bumi-Nya yang luas ini . Seorang hamba yang dahagakan ilmu agama untuk bekalan akhirat . Biasalah setiap manusia ada yang melakukan kesilapan . Aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Setiap hamba-Nya akan diuji dengan dugaan , sama ada berat atau ringan dan sama ada cepat atau lambat . Tapi , adakah kita menitip beratkan benda-benda yang sebegini . Kita manusia , ialah golongan yang LALAI . Lalai dalam melakukan pelbagai perkara , aku juga tidak terlepas daripada sikap LALAI . 
IMAN . Setiap insan mempunyai Iman , tapi adakah kita mempraktikkan iman itu . Iman ialah sesuatu perkara yang kita tidak boleh ukur menggunakan apa pun , tidak boleh disentuh menggunakan apa pun . Tapi Iman kita boleh ukur melalui diri sendiri , melalui keteguhan Iman dan Ibadah yang kita lakukan .  Iman manusia ni ada naik dan turun , maksudnya ada bertambah dan berkurang . Oleh itu, kita perlu menjaga Iman sebaik mungkin .Cara kita menjaga Iman daripada berkurang , elakkan melakukan perkara yang melemahkan iman , seperti  tidak menjaga pandangan , melakukan perkara-perkara yang mungkar dan sebagainya.
Setiap insan yang dilahirkan ada Iman masing-masing , yang membezakan cuma keteguhan Iman dan kelemahan Iman yang kita miliki . Contoh orang yang melakukan perkara yang mungkar , kta tidak boleh katakan pada mereka yang mereka tidak ada Iman , cuma mereka-mereka itu tergolong dalam golongan yang lemah Iman .

* * *

Kerinduan yang memuncak memaksa aku besndiri . Allah , tempat aku bergantung , tanpa Dia siapa lah kita di muka bumi ini. Ya Allah , aku rindu pada Mu . Di saat aku jatuh kerna kegoyahan Iman , nama  Mu aku agung-agungkan . Ya Allah , aku lemah tanpa Mu di sisi aku , tanpa Mu hilanglah tempat untuk aku berpaut selama aku berada di bumi Mu ya Allah.

Perasaan sepi dan sunyi menyelubungi diri . Aku terasa jauh dari Mu , terasa kehilangan sesuatu yang amat bernilai dari diriku . Tapi aku tidak menghiraukan semua itu , aku hanyut dengan perasaan aku , aku hanyut dengan domba dunia . Sampai satu tahap aku mula sedar yang aku telah menipu diri aku sendiri . Ya Allah aku mahu PULANG , PULANG kepada Mu .

Engkau menguji ku dalam diam , tanpa aku sedari , aku seorang hamba yang tidak bersyukur , hamba yang selalu mengeluh saat engkau mula menguji ku . Ya Allah , aku selalu mengadu domba dengan apa yang aku lalui . Aku mahu PULANG !! Ampunkan aku ya Allah.

Bila hati dirasuk syaitan , bila hati di cucuk  dengan jarum nafsu , bila hati penuh dengan bintik hitam . Apa yang tinggal??.
Hati yang hitam ,  kosong dan tidak bernyawa . 
   
Hari ini , aku seolah-olah tidak bernyawa . Aku rasa kesepian , kesunyian , aku rasa ditinggalkan , aku rasa jauh , jauh dari segala benda. Aku hanyut , hanyut dengan perasaan ku sendiri . Hanyut dengan hasutan dan godaan syaitan laknatullah. Aku bangkit , hanya Engkau disisi aku , saat aku lemah aku menyebut nama Mu "Allah" , saat aku diancam oleh orang-orang yang fasik , aku menyebut nama Mu "Allah" . Tiada yang lain selain daripada Mu Ya ALLAH ...

 Aku rindu pada Mu ya Allah.

Perasaan takkan tenang setenangnya jika kita tidak mencintai Allah SWT .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

INI BARULAH PERMULAAN . .

Views
Assalamualaikum wbt . . inilah permulaan aku . .bertapak dibumi orang selama dua tahun setengah. Allah saja yang tau apa yang aku rasa dan bakal aku lalui. Disini tiada sesiapa..hanya aku..dan Allah sentiasa disisi aku. Jihad dalam menuntut ilmu..sgt penting..n aku dah jumpa kawan baru .

Shaba , Ani , Ika , masa nie kami menghadiri mesyuarat agong JPPA.

kami di library IPB

Ida dan Ain

Fatin dan Ani

Aku dan Yaya.

Aku dan Huda

dari kiri Huda , Aku , Shaba

aku n Hidayah


Inilah aku, InsyaAllah friend until jannah.
"ya Allah jagalah perhubungan kami."

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Isnin, 1 April 2013

Bez Buddies ! !

Views

[B][E][Z]  [B][U][D][D][I][E][S] [!][!]

Assalamualaikum . .

Gambar kat atas tu , gambar kawan-kawan yang rapat dengan aku . 
I LOVE THEM . .

Rapat tak bererti , always berkepit kesana sini . Okey , biark paham na.
Aku ada ramai buddies , sampai letih nak mengiranya . But , nak cari yang real buddy , bukan senang .

Hermmm , kawan tak semua nya baik kan. So BEWARE .
Dalam , gambar yang tertera kat atas tu , aku da label nama mengikut muka masing-masing .

Aku tak tahu antara diorang tu , siapa yang paling rapat dengan aku . Sebab aku rasa kami semua sama .
Masa sekolah dulu , aku paling suka berkepit dengan Yuni , In , n Aini .
Bila time rehat plak suka ajak Fazliyana tu borak-borak . Macam-macam aku share dengan dia . hahahaha.
Bila dengan Ain plak , aku selalu je menyibukkan diri untuk tumpang balik dengan dia.hahah
Dengan Latfi plak , bila aku kumpul ramai-ramai kat libry atau mane-mane lh.

Mase sekolah kemain rapat lagi , hahaha , makan sekali , pergi mana-mana pown sekali . Bila semua dh mula bawak haluan masing-masing . Rasa sunyi plak .
Kitorang dah jrang bercontact .
Semua ade kerja masing-masing . Tapi memang aku rindukan mereka semua.

Then , ade sorang lagi buddy aku . Aku suka berkawan dengan dia , dia banyak bagi aku nasihat . Banyak bagi kata-kata semangat bila aku down.
Dia baik , okey , dalam aku lalai , dia ingatkan aku.
Dia nie macam mana arh aku nak describe . Dia nie macam unik gituh . Dia funny .
Kami hanya jumpa sekali , then kami hanya berhubung melalui pesanan ringkas n muka buku .
Bila aku berkawan dengan dia , banyak perkara yang aku tak tahu , aku tahu daripada dia .
Dah habis , sekian.

Kawan nie sebenarnya , lama-lama boleh jadi lawan .

Aku always ingt kata-kata Muhammad Syamim nie.
"Bilamana kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH , kita jaga hubungn kita dengan manusia , dan jaga hubungan kita dengan alam . . InsyaAllah . . Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia . . "

Oleh itu , jagalah hubungan kita sesama makhluk . .

sekian .



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Jumaat, 29 Mac 2013

INI SATU UJIAN

Views

Assalamualaikum . . Selamat pagi jumaat . .

>>> Aku dah penat dengan semua ni , tak tahu dah nak buat ape . Dalam fikiran sekarang ni semua benda ada , semua benda nak kene pikir satu persatu , baik atau buruk perkara tu , berisiko atau tak , apa yang bakal terjadi demikian hari .

Semua benda kena pikir dan kaji betol-betol . Bila  keluar je result SPM , aku macam dah hilang arah , dengan Result aku sebanyak itu , mana harus aku apply .

Pening-pening , semua jadi tak kene , malu lagi dekat orang sekeliling . Memang ada 'A' untuk dijadikan pengobat kpd kedua orang tua aku , tapi itu belom cukup bagi aku .

Betollah , rezeki masing-masing , jadi nak ke, tak nak ke kita harus terima dengan redha . Setiap apa yang Allah bagi untuk kita , ada hikmahnya . Oleh itu kita jangan sesekali
mudah untuk berputus asa.


Hermmm . . aku pown dah besar , boleh pikir mana yang sesuai dengan aku . 
Baik atau buruk setiap keputusan yang aku ambik , semuanya bergantung atas aku sekarang .
Penat lah , asyik bangun pagi , terbuka nya mata ini , terus terfikir ,
 "aku nak sambung belajar kat mana lepas ni?"
Selalu je macam ni . 

Sedare-mare sebok ja duk tanya , nak sambung mana .
Diorang seolah-olah bagi tekanan kat aku . Tapi tak pelah tak kisah pown , lagi pown setiap benda yang bakal kita buat tu , semuanya bergantung atas kita .





 Alhamdulillah . .
Allah bagi aku jalan keluar .
Oleh kerana aku dah tak tahu hala tuju nak kemana . Emak sedara aku , suh aku pergi dekat 'BNF INDUSTRIES & MANAGEMENT SERVICES'
Kat situ ada seorang hamba Allah yang dikenali dengan Ayh Haji . 
Dia ni boleh dikategorikan sebagai 'Org yang Pro dalam Perihal Universiti' ni. Jadi aku kesana , bila sampai turn aku untuk jumpa dia . Aku diasak dengan pelbagai soalan .
Kalau jawapan aku tidak  logik dengan soalan yang ditanya , memang kene 'sound' dengan dia , alamtnya malulah muka . 

HAHAHAHAHAHAHA

Sesi pemilihan bidang dan kursus yang bakal kita ambil di Universiti bermula.
First , sekali dye mintak kita salin kod yang dye bace .
Bila siap je salin , dye akan bagi kita check dekat satu buku , yang memang full dengan bidang , kursus dan Universiti yang bakal kita sambung belajar.

Bila siap je isi sume tuh , dia akan check balik apa yang kita isi tu .
Then , bagi kat dye nye kakitangan  dye check dan masukkan maklumat tu dalam laptop , then boleh balik. 


Hasrat aku untuk mengambil Pengajian Islam di UNISZA , memang kurang bernasib baik.
Result aku tidak mencapai target yang diminta .
Tapi tak pelah mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku .
Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.

Oleh itu aku tak boleh mudah berputus asa . Masih ada peluang untuk aku baiki 
segalanya. 

InsyaAllah , sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan aku bersendirian .

sekian . .
 
 


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Isnin, 25 Mac 2013

SEGALANYA BERMULA DI SINI

Views

  K
eputusan UPSR , dah pun keluar. Dengan penuh semangat Ira melangkah ke kelas untuk menanti namanya di panggil oleh guru kelasnya, almaklumlah , keputusan yang dinantikan telah keluar. Sesampai di kelas, kelihatan ramai pelajar berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing. Ira terjenguk-jenguk mencari kawan-kawannya yang lain, akhirnya, pencariannya telah ketemu. Masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing ketika cuti sekolah berlangsung. Kami sekumpulan risaukan keputusan yang bakal diagihkan oleh guru kelas. Hati tidak tenang, perasaan bercampur-baur.
“argghhh!!. Takutlah aku”Farhana mula bersuara.
“alah,janganlah sampai macam ni sekali, rilex lah,tak de ape yang akan berlaku”tegas Ira, seolah-olah dia tidak bimbangkan apa-apa yang bakal berlaku selepas ini.
“elleh,macam lah kau tu tak gabra sangat , Ira aku kenal lah kau tu ,janganlah nak buat muka tak de pape , pantang aku nie . .”Syikin cuba tegaskan suara , rakan-rakannya yang lain tergelak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Syikin.
            Pelajar-pelajar mula membanjiri dewan sekolah , Asmaq orang yang pertama disebut namanya. Lepas sorang-sorang nama rakan-rakannya di sebut , tapi tiada pula kedengaran namanya disebut oleh cikgu tersebut.
“okey , baiklah , bagi nama yang saya tidak sebut tadi , boleh lah kehadapan dan ambik slip UPSR kamu ni”arah cikgu Wan Zulkifli kepada para pelajar yang lain.
            Dia, orang pertama yang cepat-cepat menghala ke arah cikgu Wan Zulkifli. Slip UPSR , kini bertukar tangan. Muka yang gembira tadi berubah menjadi hambar dan masam mencuka. Atur gerak yang perlahan membuatkan Ira boleh melihat rakan-rakan sekeliling menangis dengan penuh esakan. Air mata Ira hampir gugur di depan sahabat handai , namun di tahan jua agar , tangisan itu hanya dirinya seorang yang tahu. Tanpa berfikir panjang , dia meluru ke tandas perempuan di blok A aras satu. Diraba-raba telefon nokia 110 didalam tas tangan yang diberi oleh Umminya. Satu no telah tertaip di skrin, bunyi panggilan masuk sudah terjawab.
“Ummi, assalamualaikum”
Ira mula diam tidak berbicara.
“Anak Ummi dapat berapa A, sayang?”
Ira membiarkan pertanyaan itu , tapi di jawab dengan tangisan yang sangat berat untuk dilepaskan, esakan demi esakan terdengar .
“Ummi , Ira Cuma dapat 2A”sedu-sedan Ira menjawabnya.
Umminya terus,sampaikan khabar tersebut kepada abahnya.
“Sabar Ira tak perlu nangis banyak-banyak , dah usaha kita sebanyak tu, jadi itu jelah yang kita dapat , setiap yang berlaku ada hikmahnya”kata abah  Ira untuk menyedapkan lagi hati Ira.
Setelah talian telefon dimatikan, Ira melangkah keluar dari tandas wanita , dan mengatur langkah perlahan menuju ke pintu pagar utama sekolah.
            *          *          *

Ceywah , jadi tak . .kononnya nk buat cerpen . .konon . .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial